Mr. Shakir
Pengurus, Restoran Fine Dining
โSusun atur pelan meja visual memudahkan staf lantai saya mengambil pesanan. Sistem tidak sangkut walaupun waktu puncak makan malam di hujung minggu. Sangat handal dan stabil.โ
Bayangkan ada satu pembantu yang sentiasa membantu di belakang kaunter tugasnya merekod jualan, semak stok, urus pelanggan, pantau laporan dan bantu kerja operasi dalam satu sistem. Itulah peranan CashSyoz yang direka khas untuk bisnes anda.
Awal-awal bisnes mungkin masih boleh urus dengan buku, WhatsApp, Excel dan ingatan sendiri. Tapi bila jualan makin banyak, kerja kecil yang berulang mula makan masa.
Bukan pembantu yang ambil alih keputusan anda โ tetapi sistem yang buat kerja rutin jadi lebih teratur supaya anda boleh fokus pada perkara yang lebih penting.
Jualan masuk, stok bergerak, staff bertukar syif dan laporan perlu disemak. CashSyoz bantu susun kerja rutin ini dalam satu sistem supaya anda lebih mudah mengawal bisnes.
Daripada transaksi pertama sampai laporan hujung hari, CashSyoz satukan kerja penting supaya anda tak perlu melompat antara terlalu banyak rekod.
Sistem Pengurusan Perniagaan membantu peniaga menyusun kerja harian seperti jualan, stok, pembayaran, pelanggan dan laporan. Bukan untuk menggantikan cara anda berniaga, tetapi untuk mengurangkan kerja yang berulang dan memudahkan anda semak apa yang sedang berlaku.
CashSyoz menggabungkan fungsi POS dan pengurusan operasi dalam satu platform โ sesuai untuk peniaga yang mahu kerja di kaunter lebih lancar dan pengurusan di belakang tabir lebih kemas.
Rekod setiap jualan dengan lebih kemas supaya semakan tak perlu dibuat satu-satu.
Nampak apa yang ada, apa yang bergerak dan apa yang perlu diberi perhatian.
Urus pilihan bayaran seperti tunai, kad, DuitNow QR dan e-wallet mengikut setup anda.
Simpan maklumat pelanggan supaya hubungan dan pembelian berulang lebih mudah diurus.
Semak angka penting tanpa perlu kumpul rekod dari banyak tempat.
Bila bisnes berkembang, operasi dan stok beberapa cawangan boleh disusun dalam satu sistem.
Bila urusan e-Invois menjadi sebahagian daripada operasi, lebih senang kalau alirannya sudah disediakan dalam sistem yang sama.
CashSyoz menyediakan aliran integrasi API MyInvois berdasarkan konfigurasi sistem. Tujuannya mudah: bantu rekod jualan bergerak dengan lebih teratur supaya proses e-Invois tidak terasa seperti satu lagi kerja yang perlu dibuat secara berasingan.
Ringkasnya: kurang satu benda untuk owner fikirkan bila proses jualan dan dokumentasi sudah bergerak dalam aliran yang sama.
Handle satu kedai pun boleh pening, Inikan pula Anda dah ada beberapa cawangan, gudang dan ramai staff pastinya pengurusan jadi lebih rumit. Jangan risau dengan CashSyoz, sistem kami ini sedia bantu anda susun kerja-kerja yang semakin kompleks itu hanya dalam satu sistem.
Tak perlu tunggu semua orang siapkan laporan baru nak tahu keadaan bisnes.
Bila stok berpindah, anda masih boleh ikut pergerakannya.
Lebih mudah bila barang disimpan di lebih daripada satu tempat.
Tak semua staff perlu ada akses yang sama.
Pelanggan yang sama datang semula โ maklumat mereka tak perlu bermula dari kosong.
Gangguan internet tak sepatutnya terus menghentikan kaunter.
Restoran tak urus bisnes macam butik. Kedai runcit pula tak sama dengan farmasi. Sebab itu fungsi CashSyoz boleh digunakan mengikut keperluan operasi setiap jenis perniagaan.
Bila meja penuh dan pesanan datang bertalu-talu.
Untuk kaunter yang sentiasa bergerak, terutama waktu puncak.
Bila SKU banyak, scanner dan stok kena sentiasa teratur.
Bila tarikh luput dan nombor batch tak boleh dipandang ringan.
Bila satu design ada banyak saiz, warna dan variasi.
Anda tak semestinya perlukan sistem yang nampak canggih di atas kertas. Yang lebih penting ialah sistem itu boleh membantu kerja yang anda buat setiap hari. CashSyoz direka untuk satukan perkara asas yang owner selalu perlu jaga โ jualan, stok, pelanggan, pembayaran dan laporan.
Semakin banyak benda yang disimpan dalam kepala, semakin mudah sesuatu terlepas. Dengan rekod yang tersusun, anda boleh rujuk semula data bila diperlukan dan beri lebih banyak perhatian kepada pelanggan serta perkembangan bisnes.
Matlamatnya bukan untuk jadikan anda duduk depan sistem sepanjang hari. Sebaliknya, CashSyoz membantu kerja belakang tabir supaya anda boleh kembali fokus kepada bisnes itu sendiri.
Fungsi yang dibuat untuk menjadikan kerja harian lebih ringan โ bukan sekadar menambah satu lagi software untuk dipelajari.
Kadang-kadang yang meletihkan bukan satu kerja besar. Tetapi puluhan kerja kecil yang perlu dibuat berulang kali setiap hari.
Staff boleh terus fokus pada pelanggan dan transaksi, sementara rekod jualan masuk ke dalam sistem.
Barang terjual, stok berubah. Anda boleh semak semula pergerakan inventori tanpa bergantung pada kiraan manual semata-mata.
Daripada tertanya-tanya โhari ni macam mana?โ, anda ada rekod dan laporan untuk membantu semakan hujung hari.
Antara maklum balas peniaga yang menggunakan peralatan dan perkhidmatan CashSyoz.
Pengurus, Restoran Fine Dining
โSusun atur pelan meja visual memudahkan staf lantai saya mengambil pesanan. Sistem tidak sangkut walaupun waktu puncak makan malam di hujung minggu. Sangat handal dan stabil.โ
Pengusaha, Pasar Mini & Barangan Runcit
โKami mempunyai ribuan item di sini. Mengimport semua barangan melalui fail Excel sangat pantas, dan scanner kod bar sangat responsif. Tiada lagi barisan panjang di kaunter.โ
Pengasas, Kedai Roti & Pastri
โMenetapkan set kombo dan promosi harian kini sangat mudah. Yang paling terbaik, ia mengemas kini format e-Invois LHDN secara automatik terus kepada pelanggan korporat tetap kami.โ
Pengasas, Kafe Studio Kopi
โAntara muka sistem sangat kemas dan mudah. Pelajar kolej sambilan yang baru bekerja pun boleh belajar cara memasukkan pesanan dan mengendalikan kaunter jualan dalam masa kurang 10 minit.โ
Pemborong Alat Ganti Kenderaan
โMudah dipusatungkan dengan scanner kod bar tugas berat kami. Ciri kebenaran pengurus juga sangat selamat, jadi staf kaunter tidak boleh membatalkan resit tanpa kelulusan.โ
Pengasas, Bistro & Kafe Artisan
โCiri pelbagai terminal sangat hebat. Pelayan kami boleh mengambil pesanan meja terus menggunakan tablet, dan laporan jualan cloud dikemas kini secara langsung di telefon saya di mana jua saya berada.โ
Pengurus, Kedai Pencuci Mulut & Boba
โSri Petaling sangat sesak pada waktu malam. Mujur terminal CashSyoz ini sangat pantas apabila pelanggan mahu menambah topping ekstra atau menukar pilihan pesanan.โ
Pemilik, Kedai Gunting Rambut & Salon Servis
โBukan sekadar untuk menjual produk rambut, saya sangat menyukai cara ia menjejak komisen perkhidmatan harian tukang gunting saya secara automatik berdasarkan siapa yang menggunting. Sangat lancar.โ
Pengasas, Kedai Gajet
โSaya boleh memantau kemas kini jualan langsung terus dari telefon saya semasa berada di luar. Sangat sesuai untuk menguruskan cawangan runcit yang bergerak pantas hari ini.โ
Pengurus, Kafetaria Korporat
โFormat laporan cloud sangat kemas. Ia memudahkan kami mengurus dan menghantar invois kumpulan terus kepada kementerian korporat yang kami berkhidmat secara selamat.โ
Tak perlu pening nak padankan sistem dengan device. Pilih setup yang sesuai dengan saiz dan cara operasi bisnes anda.
Tak semua bisnes perlukan setup yang sama. Bincang dulu apa yang anda perlukan, kemudian pilih pelan yang sesuai.
Sesi konsultasi untuk faham aliran kerja kaunter dan keperluan bisnes anda tanpa komitmen awal.
Akses ke platform cloud untuk operasi harian dan transaksi satu cawangan berdasarkan pelan yang ditawarkan.
Untuk operasi yang perlukan keperluan lebih khusus seperti beberapa cawangan, kawalan akses dan aliran kerja yang lebih kompleks.
๐ข Ibu Pejabat & Pusat Pembangunan
Xideasoft Solution (0190741-A)
No 21 A, Jalan Astana Alam A 13/A, Business Center, Astana Alam, 42300 Puncak Alam, Selangor, Malaysia.
๐ Talian Bantuan & Sokongan Teknikal
WhatsApp/Call: +60 11-1039 1337
Waktu Operasi: 9:00 AM โ 6:00 PM (Isnin โ Sabtu)
CashSyoz ialah sistem POS dan pengurusan perniagaan yang membantu peniaga urus jualan, stok, pembayaran, pelanggan dan laporan dalam satu platform.
Tidak semestinya. CashSyoz boleh digunakan mengikut jenis operasi seperti restoran, kafe, kedai runcit, pasar mini, butik dan farmasi berdasarkan fungsi yang diperlukan.
CashSyoz menyediakan mod offline hybrid berdasarkan konfigurasi sistem. Operasi kaunter boleh diteruskan ketika sambungan terganggu dan data diselaraskan semula apabila internet kembali.
CashSyoz menyediakan aliran integrasi dengan LHDN MyInvois melalui API berdasarkan konfigurasi sistem dan keperluan operasi anda.
Pelan Standard yang dipaparkan ialah RM60 sebulan. Anda juga boleh mulakan dengan sesi konsultasi percuma untuk bincang setup yang sesuai.
CashSyoz direka dengan fokus pada aliran kerja kaunter yang mudah difahami. Anda juga boleh hubungi pasukan CashSyoz untuk mendapatkan panduan berkaitan setup dan penggunaan.
CashSyoz dibangunkan dan disokong oleh Xideasoft Solution (0190741-A) yang beralamat di Puncak Alam, Selangor, Malaysia.
Sistem yang baik bukan sekadar tentang softwarenya, tetapi sokongan berterusan selepas anda mula menggunakan sistem dan servis kami pun penting buat kami.
๐ Pilih lokasi perniagaan anda: